MARI BEREDULEAD

LAMAN UNTUK AHLI EDULEAD BERINTERAKSI!

SALAM BAHAGIA, DI SINI TEMPAT KITA TERUS BERINTERAKSI!

Satu lagi wadah interaktif kita. Hakikatnya sekarang kita telah mempunyai WEBLOG dengan nama MARI BEREDULEAD dan beralamat di http://edulead.wordpress.com . Semua mesej yang dihantar akan terus dipapar dan dikongsi bersama.  Cuma bezanya kali ini ialah kita lebih terbuka.  Kita menerima sesiapa sahaja yang berminat meneroka bidang pengurusan pendidikan yang telah menjadi bidang kekuatan kita. Adalah diharap agar wadah ini berjaya menghasilkan produktiviti yang tinggi demi dikongsi oleh semua yang berminat. 

Jun 27, 2007 - Posted by | Dari Meja Sysalq

9 Komen »

  1. kkkkkkkkkkkkkkkk

    Komen oleh Mahamad bin Mahmood | Julai 7, 2007

  2. TQ kepada Tuan Syed di atas inisiatif tuan mewujudkan lawan blog ini. Sekurang-kurangnya kita mempunyai satu lagi ruang untuk berbicara. Diharap semua kawan-kawan yang beredulead akan menfaatkan ruang ini dengan sepenuhnya untuk berkongsi apa saja. Salam buat semua.

    Komen oleh Mukhtar Hj Hashim | Julai 11, 2007

  3. Syabas Tok Penghulu

    masih sebut penghulu juga, walaupun dah bergraduate. tak salah kan?
    anda memang kreatif, proaktif dan sentiasa aktif. teruskan perjuang ini. kita dari dalam hutan belantara di sarawak ni tetap sokong. tau tak? saya kontak anda ni dari dalam sekolah yang dikelilingi oleh hutan!

    lama tak de ngar berita, rindu juga.
    mengenai perjuangan ke DG41 tu, kami sentiasa mendoakan serta menyokong agenda tersebut. Husni…saya tetap sokong!!!

    Tok penghulu, bila temuduga ke DG41?

    Komen oleh Peter Ding Kalang | Julai 26, 2007

  4. Hang dah cuba. kenapa tak ada respon?

    Komen oleh Peter Ding Kalang | Julai 26, 2007

  5. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya terima kasih kepada semua rakan yang sangat gemar kepada edulead. saya sebagai gemar kepada buka dan baca saja edulead. Terima kasih khusus kepada tuan syed yang berusaha dan bersusah payah membuka satu lagi laman baru untuk kita berinteraksi. Setakat ini belum ada komen dan insyaaallah jika diizinkan saya juga akan mengambil peluang yang panjang untuk berceloteh melalui edulead.

    Tuan syed, Moktar, othaman, mohamad aiman, mizi, kamal, peter, dan semuanya selamat beredulead dan terus ingat mengingati antara kita sesahabat. Salam saya dari terengganu buat semua rakan kalian

    Komen oleh Lingah Derahman | Julai 27, 2007

  6. Salam bahagia rakan2 se UPSI dan se KAB,

    Ustaz Mail telah dapat Band 4 exam MUET kali ke 4. Sewajarnyalah dia mendapat Band 4 kerana MUET kali ini adalah yang ke 4. Tapi yang peliknya macam mana dia boleh dapat Band 4 tu? Hamba pun tak tahu apa kuasa yang ada padanya. Mungkin dia perturunkan habis ilmunya itu buat kali terakhir ini. Bukankah kita semua tahu bahawa ustaz mail punya banyak ilmu termasuk ilmu meramaikan anak. Kalau rakan2 inginkan ilmu2nya itu, cubalah minta

    Hamba telah pos set soalan percubaan UPSR JPN Kelantan kepada 13 rakan2 kita di seluruh negara. Kepada rakan2 yang inginkan set soalan tersebut bolehlah menghubungi terus rakan2 kita sebagaimana berikut:
    1. Terengganu – Ismail Yunus
    2. Pahang – Kamal Jamaluddin
    3. Johor – Syed Sulaiman Ariffin
    4. Negeri Sembilan – Kamarulzaman Hj. Husin
    5. Melaka – Razali Fadzil
    6. Selangor – Mohd. Ikhsan Ahmad
    7. Perak – Kamarulzaman Hasbullah
    8. Pulau Pinang – Mohd. Zaki Hj. Idris
    9. Kedah – Othman Mohd. Rashid
    10. Sabah – Joseph Muyuk
    11. Sarawak – Assahari Ally Husein

    Kepada rakan2 berkenaan di atas, hari ini 7 Ogos 2007 hamba telah menerima balasan bungkusan set soalan dari
    1. Razali Fadzil
    2. Kamarulzaman Hj. Husin
    3. Kamal Jamaluddin
    4. Mohd. Zaki Hj. Idris

    Terima kasih kepada 4 rakan kita di atas. Kepada rakan2 di negeri lain yang belum mengirimkannya kepada hamba, harap dapat bertindak dengan segera kerana masa dah semakin suntuk, UPSR pun dah tak lama lagi.

    Sebenarnya banyak lagi maklumat yang nak dikongsi bersama rakan2 tetapi masa tak mengizinkan. Kita jumpa lagi, hamba nak masuk kelas mengajar pula (11.45 – 12.45 Pendidikan Seni Visual Tahun 2)

    …However, whateverlah, aiman tak kisah…
    …Sebenarnya tak susah pun, kita kan anak abah…

    Siapa kata???

    Komen oleh Mahamad bin Mahmood | Ogos 7, 2007

  7. Kepada Saudara Mahamad,

    Saya akan pos soalan dari Johor esok. Harap jengok-jengoklah pejabat pos.

    syed

    Komen oleh sysalq | Ogos 15, 2007

  8. marilah sama-sama membuat amaljariah dan bersedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

    Layarilah laman di bawah ini :-

    http://www.amaljariah.net/mahbul

    terima kasih

    Komen oleh kamal jamaludin | September 13, 2007

  9. Salam Bahagia pada sahabat,

    Satu lagi wadah untuk anda berinteraksi iaitu melalui VIDEO. Pergilah ke Links di dalam EDULEAD dan klik pada VIDEO UNTUK EDULEAD.

    Selamat menonton dan merakam VIDEO

    sysalq

    Komen oleh sysalq | Oktober 23, 2007


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.